Spiderman Tawan Puncak Menara Berkembar Petronas


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran ‘Spiderman’ kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas. Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.

Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.

Difahamkan, dia yang hanya berbekalkan sebotol air minuman dan bedak penyerap peluh mula memanjat pada pukul 5.45 pagi dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak Menara Dua.

Para petugas daripada beberapa agensi berita asing yang mengetahui rancangan Alain untuk menakluk Menara Berkembar Petronas, berada di lokasi sejak pukul 5.30 pagi untuk membuat liputan.

Menurut jurugambar Sipa Press yang berpusat di Paris, Halim Berbar, Alain berada di ibu negara sejak seminggu lalu untuk membuat persiapan. Dia menginap di salah sebuah hotel terkemuka ibu negara.

“Amat menakjubkan, Alain begitu tenang memanjat tingkat demi tingkat tanpa sebarang masalah dan dalam tempoh singkat.

“Saya merakamkan aksi-aksi Alain ketika di atas puncak Menara Dua itu. Dia mengibarkan bendera Malaysia dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menunjukkan tanda keamanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Halim, Alain sepatutnya turun dengan cara yang sama, tetapi terpaksa melupakan hasratnya ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Jurukamera Reuters, Yong Chee Weng, 57, yang sempat menghubungi Alain memberitahu, Alain berasa hebat dan cukup lega kerana akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas.

Alain kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dijangka didakwa esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis menahan Alain di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Katanya, tindakan membahayakan nyawanya sendiri.

“Dia sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, Alain boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

-Utusan

Erry Putra Ada Radio Sendiri??






Radio ERRY PUTRA 1 St and ONLY
Erry dengan rasa bangganya ingin memaklumkan sekarang anda semua boleh mengikuti radio live bersama Erry dan Erry akan buat slot khas untuk ke udara bersama anda!!!

Percaya tak Pelakon yang tengah popular ini cuba menjadi DJ radio online?Wah abes la DJ lain tak boleh cari makan...Hahahahaha..(Gurau aja).Buat masa ni blm dgr dia berceloteh sbb radio nya tak pasti bila operasi?Tapi tahniah la buat Erry Putra buat radio online sekadar suka2.Dengar khabar ada album terbaru dari beliau tapi apa pun jum skudeng2 kt blog Erry
kalau nk tahu segala story pasal Erry Putra.



PANTUN MAT ROCK

Pantun merupakan salah satu genre sastera melayu moden. Kebiasaannya pantun mempunyai tema dalam menyampaikan mesej kepada audiens. Di sini terdapat pantun yang bertemakan rock. Pantun ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan juara pantun kategori pop rock semasa era kegemilangan rock melanda Negara pada awal 80-90an dahulu. Marilah kita sama-sama menghayatinya.


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Kami mat rock baru belajar
Kalau salah tolonglah rockkan.


Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti
Hutang gitar karan tak boleh dibayar
Sebab hutang show nyanyi dibawa lari.


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga lagu jiwang boleh ku nyanyi
Mana nak sama dengan nyanyi lagu head banging.


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur gitar karan dikandung tanah
Irama rock tetap dikenangnya juga.


Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh naynyi rock saya nyanyikan
Suruh mengaji belum saya tahu.


Tanam pinang rapat-rapat
Biar susah puyuh nak lari
Nak masuk AF tak dapat-dapat
Susah sangat baik masuk lumba lari.

KARYA: JON JENIN

! Jom Cit - Chat !

Jawab Teka-Teki

Dalam ruangan teka-teki ini kami paparkan beberapa teka-teki yang kami dapati dari berbagai sumber. Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan.

Soalan 60: Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal? Jawapan: Kemuncup
Soalan 59: Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil? Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :)
Soalan 58: Kenapa siput babi jalan lambat? Jawapan: Sebab sambil berjalan, die asyik fkir die 2 siput ke babi..
Soalan 56: Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa? Jawapan: Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan
Soalan 55: Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung. Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan
Soalan 54: Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal. Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun.
Soalan 53: Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan.. Jawapan: Tembikai
Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah apa pun)
Soalan 52: Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia? Jawapan: Taugeh
Soalan 51: Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar??? Jawapan: Keluar surat khabar lerrr..

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

MOBILE SMS

Mobile SMS adalah terdiri daripada SMS kiriman rakan-rakan sebagai tanda ingatan dan gurauan. Jika ada yang tidak berkenan harap maafkan!

Mesej 322 24.04.2009

Mesej 323 24.04.2009

Mesej 324

Mesej 319 10.09.2008

Mesej 320 10.092008

Mesej 321

Mesej 316 21.02.2008

Mesej 317 21.02.2008

Mesej 318 30.08.2008

Mesej 313 13.01.2008

Mesej 314 01.02.2008

Mesej 315 01.02.2008

Mesej 310 13.01.2008

Mesej 311 13.01.2008

Mesej 312 13.01.2008

Mesej 307

Mesej 308

Mesej 309

Mesej 304

Mesej 305

Mesej 306

Mesej 301

Mesej 302

Mesej 303

Mesej 208

Mesej 209

Mesej 300

Mesej 205

Mesej 206


Mesej 202

Mesej 203

Mesej 204

Mesej 199

Mesej 200

Mesej 201

Mesej 196

Mesej 197

Mesej 198

Mesej 193

Mesej 194

Mesej 195

Mesej 190

Mesej 191

Mesej 192

Mesej 187

Mesej 188

Mesej 189

Mesej 184

Mesej 185

Mesej 186

Mesej 181

Mesej 182

Mesej 183

Mesej 178

Mesej 179

Mesej 180

Mesej 175

Mesej 176

Mesej 177

Mesej 172

Mesej 173

Mesej 174

Mesej 169

Mesej 170

Mesej 171

Mesej 166

Mesej 167

Mesej 168

Mesej 163

Mesej 164

Mesej 165

Mesej 160

Mesej 161

Mesej 162

Mesej 157

Mesej 158

Mesej 159

Mesej 154

Mesej 155

Mesej 156


Mesej 151

Mesej 152

Mesej 153

Mesej 148

Mesej 149

Mesej 150

Mesej 145

Mesej 146

Mesej 147

Mesej 142

Mesej 143

Mesej 144

Mesej 139

Mesej 140

Mesej 141

Mesej 136

Mesej 137

Mesej 138

Mesej 133

Mesej 134

Mesej 135

Mesej 130

Mesej 131

Mesej 132

Mesej 127

Mesej 128

Mesej 129

Mesej 124

Mesej 125

Mesej 126

Mesej 121

Mesej 122

Mesej 123

Mesej 118

Mesej 119

Mesej 120

Mesej 115

Mesej 116

Mesej 117

Mesej 112

Mesej 113

Mesej 114

Mesej 109

Mesej 110

Mesej 111

Mesej 106

Mesej 107

Mesej 108

Mesej 103

Mesej 104

Mesej 105


Mesej 100

Mesej 101

Mesej 102

Mesej 97

Mesej 98

Mesej 99

Mesej 94

Mesej 95

Mesej 96

Mesej 91

Mesej 92

Mesej 93

Mesej 88

Mesej 89

Mesej 90

Mesej 85

Mesej 86

Mesej 87

Mesej 82

Mesej 83

Mesej 84

Mesej 79

Mesej 80

Mesej 81

Mesej 76

Mesej 77

Mesej 78

Mesej 73

Mesej 74

Mesej 75

Mesej 70

Mesej 71

Mesej 72

Mesej 67

Mesej 68

Mesej 69

Mesej 64

Mesej 65

Mesej 66

Mesej 61

Mesej 62

Mesej 63

Mesej 58

Mesej 59

Mesej 60

Mesej 55

Mesej 56

Mesej 57

Mesej 52

Mesej 53

Mesej 54


Mesej 49

Mesej 50

Mesej 51

Mesej 46

Mesej 47

Mesej 48

Mesej 43

Mesej 44

Mesej 45

Mesej 40

Mesej 41

Mesej 42

Mesej 37

Mesej 38

Mesej 39

Mesej 34

Mesej 35

Mesej 36

Mesej 31

Mesej 32

Mesej 33

Mesej 28

Mesej 29

Mesej 30

Mesej 25

Mesej 26

Mesej 27

Mesej 22

Mesej 23

Mesej 24

Mesej 19

Mesej 20

Mesej 21

Mesej 16

Mesej 17

Mesej 18

Mesej 13

Mesej 14

Mesej 15

Mesej 10

Mesej 11

Mesej 12

Mesej 7

Mesej 8

Mesej 9

Mesej 4

Mesej 5

Mesej 6

Mesej 1

Mesej 2

Mesej 3