PERIHAL HANTU
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...
Hantu Chat/Instant Messenger
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik nak chat dan IM je, lepaih tu nengok e-mail..... macam sekarang nih..sah-sah tengah baca tips nie.......macamana nak jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja
TAK LAWAK
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar" jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
CARA NAK KURUSKAN BADAN
Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,
"Kami menawarkan 2 program disini... RM 50 untuk versi 'biasa' dan RM100 untuk versi 'cepat'."
Mamat tu pon berkata, " Saya ingat yang biasalah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."
"Ok, Encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
Perempuan tadi berkata," kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.
Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM 50 tadi" katanya seoarng diri.
Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.
"Baiklah, Encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.
Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata " Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"
TIPAH TERTIPU
Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusyen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!
Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,
Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!
Tunggu punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.
Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?
Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.
Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah? adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !
"Tttolong! toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.
"Hoh!
Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.
Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje? patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.
Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!
NENEK OH NENEK
Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.
Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
27 PERKATAAN BERMULA DENGAN HURUF J
Banyok orhe kato Sulte Ismail Petra ni tok berapo panda...
jadi dio maroh la..
nok tunjuk la yang dio ni bijok...so,
dio jupo profesor diraja ungku aziz...
Sulte kato la ko ungku aziz "Kalu demo ni bijok sangak, cuba buat ayak mangandungi 27 perkatae mulo dgn huruf 'j'".
Ungku aziz ni pikir punyo pikir, tok leh jugok nok jawak...
lepah tu dio pun give up la...
dio suruh la sulte rhoyak jawape.
Kato sulte "Jawape nyo : jepong jale jale, jupo jawo, jawo jale-jale jupo jepong, jawo jeling jepong, jepong jelir jawo, jawo jelok, jawo jolok jubo jepong.....
Lepah tu ungku aziz kato " itu baru 22 perkataan, mana lagi 5 perkataan?"
Jawab sulte "limo lagi tu....jeng, jeng, jeng....jahane jepong!!"
abih ceghito...
KISAH PEMBELA TOYOL
Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas.
Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...'
Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.."
Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'
Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" -
Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut...
Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini ialah Belilah barangan Buatan Malaysia
PUTERA SPAINBOY
Pada suatu zaman perbalahan dahulu di Negeri Melake, ade seorang sultan yang amat adil dan bijaksana. Baginda sultan mempunyai seorang puteri yang amat cantik rupawan rupa parasnya. Namun begitu tuan Puteri ini mempunyai suatu kuasa di luar batasan dimana apa saje benda yang disentuhnya akan menjadi cair...
Bukan saja kerusi, meja, katil malah jua makanan akan turut cair apabila disentuhnya. maka disebabkan itulah semakin hari semakin kuruslah jadinya tuan puteri itu. Kejadian ini amat-amat menakutkan baginda sultan kerana baginda amat menyayangi puterinya yang sorang itu.
Puas sudah baginda mencuba perlbagai cara untuk mengubati penyakit luar biasa puterinya itu dengan memanggil doktor, bomoh ataupun tabib. Namun begitu tetap begitu jualah penyakit adinda puterinya itu.
Adapun suatu hari tuk nujum istana telah memberitahu baginda bahawa baginda sultan haruslah mencari suatu benda yang tidak akan cair apabila disentuh oleh tuan puteri, maka apabila benda tersebut tidak cair maka sumpahan yang menimpa tuan puteri akan hilang. Maka Baginda pun mengesyorkan suatu pertandingan diadakan dengan barang siapa yang dapat membawa barang yang tidak akan cair apabila dipegang oleh tuan puteri, maka orang tersebut akan dikahwinkan dengan tuan puteri.
Adapun terdapat 3 orang putera raja dari negeri bersebelahan datang berhajat untuk masuk bertanding.
Adapun putera raja pertama berasal dari Pahang datang membawa sebiji permata, kerana dia merasakan bahawa permata itu terlalu keras dan tentu sukar untuk cair. Maka tuan puteri pun menyentuhlah permata tersebut...tapi cair jugak akhirnya.
Putera kedua berasal dari Negeri Kedah datang membawa sebatang logam yang amat kerasnya. Namun begitu nasibnya tetap malang apabila batang besi yang keras itu akhirnya cair juga setelah disentuh oleh tuan puteri.
Adapun putera ketiga datang dari Negara Sepanyol yang hanya bergelar Spainboy datang menghadap tanpa membawa sebarang benda untuk dipersembahkan. "Mana barangnya yang ingin kamu persembahkan untuk disentuh oleh tuan puteri?" soal baginda Sultan Melaka.
"Ada tuanku... silalah tuan puteri datang ke hadapan hamba...dan seluklah tangan tuan puteri ke dalam kocek seluar hamba ini dan sentuhlah barang didalamnya." jelas Putera Spainboy itu sambil tersenyum manis.
Lalu tuan puteri pun menurut sajalah kehendak putera Spainboy tadik lalu diseluklah tangannya ke dalam poket seluar Spainboy.
Taaaaadaaa...
Haaaa.. amat ajaibnya benda yang disentuh tuan puteri itu langsung tidak cair... Akhirnya berjaya jualah putera Spainboy itu membuangkan sumpahan pada tuan puteri dan akhirnya mereka berdua pun dikahwinkan.
Mmmm....korang tekalah apa benda tak cair yang dipegang oleh tuan puteri itu...!!??
Apakah jawapannya???
JAWAPANNYA : Coklat M & M....tak cair ditangan...
CERITA SEDIH YANG LAWAK
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.
Bila dah pisah lama jugak.. kendian Imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg jumpa Imah. mula2 Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang2 Razak drpd hati Imah..
Setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria2 le mamat nih nak jumpa Imah. belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga Razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. Imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust..cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia lom tau lagi Razak ni dah balik Malaysia.
Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. dia gi le rumah Imah. muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam. Razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul ..." Imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah Razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yg sedang menangis...
I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...
If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
"Suara Razak terus mendayu2....
"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"
Razak ulangi phrase yg sama....Imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...
"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"
Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk imah itu... tiba2 mulut Imah berkata ... " abang, Imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2.. Imah berkata:
"Abang..."
"Sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."
ARAB VS BANGLA
Ceriter bermula di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik beradik mercedes utk mengisi minyak.
Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada Hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu atau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan...Hasan cuba memberitau kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham.
Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu...memang bodo sikit org arab ini. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan ditranslatekan begini Hasan:
"Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis" Majid:" ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.." Hasan:"aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes, No, Alright aku tau errr.. dan... I love u" Majid:"Aku pun tak tau jugak cakap omputih..." Hasan:"ala..ko tolong ler aku.." Majid:" ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab" Lalu pergi la..Majid dekat org Arab tu dan berkata;
"Fuel!, Sodoqallahulazim"...!!!
dan baruler..org arab tu paham dan dier pun blah...ler...
Jawab Teka-Teki
Soalan 60: Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal? | Jawapan: Kemuncup |
Soalan 59: Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil? | Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :) |
Soalan 58: Kenapa siput babi jalan lambat? | Jawapan: Sebab sambil berjalan, die asyik fkir die 2 siput ke babi.. |
Soalan 56: Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa? | Jawapan: Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan |
Soalan 55: Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung. | Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan |
Soalan 54: Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal. | Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun. |
Soalan 53: Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan.. | Jawapan: Tembikai Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah apa pun) |
Soalan 52: Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia? | Jawapan: Taugeh |
Soalan 51: Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar??? | Jawapan: Keluar surat khabar lerrr.. |
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? | Jawapan: Penguin |
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? | Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. |
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? | Jawapan: Stokin tu basah lah.... |
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? | Jawapan: Telur |
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. | Jawapan: Kuih Donut |
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? | Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) |
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? | Jawapan: Pengail yang dapat ikan. |
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? | Jawapan: Aku berjalan secara mengundur! |
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? | Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. |
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? | Jawapan: Spedometer bas lah... |
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? | Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. |
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? | Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! |
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? | Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! |
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? | Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. |
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? | Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. |
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? | Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. |
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? | Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. |
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? | Jawapan: Orang naik beca semasa hujan |
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. | Jawapan: Tapak kaki kitalah. |
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? | Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. |
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? | Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! |
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? | Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. |
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? | Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. |
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. | Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan" |
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? | Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. |
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? | Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. |
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? | Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. |
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. | Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.... |
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? | Jawapan: Buang tebiat |
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. | Jawapan: Batang hidung engkaulah! |
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? | Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! |
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? | Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan |
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? | Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan... |
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? | Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan? |
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? | Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. |
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? | Jawapan: Pisang Goreng |
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? | Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang! |
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? | Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. |
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? | Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4. |
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? | Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. |
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? | Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. |
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? | Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang. |
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? | Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh! |
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? | Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! |
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? | Jawapan: Anak mancis daaa. |
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? | Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha.. |
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? | Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM |
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? | Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. |
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? | Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) |
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? | Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa. |
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. | Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah. |
MOBILE SMS
Mesej 322 24.04.2009 | Mesej 323 24.04.2009 | Mesej 324 |
Mesej 319 10.09.2008 | Mesej 320 10.092008 | Mesej 321 |
Mesej 316 21.02.2008 | Mesej 317 21.02.2008 | Mesej 318 30.08.2008 |
Mesej 313 13.01.2008 | Mesej 314 01.02.2008 | Mesej 315 01.02.2008 |
Mesej 310 13.01.2008 | Mesej 311 13.01.2008 | Mesej 312 13.01.2008 |
Mesej 307 | Mesej 308 | Mesej 309 |
Mesej 304 | Mesej 305 | Mesej 306 |
Mesej 301 | Mesej 302 | Mesej 303 |
Mesej 208 | Mesej 209 | Mesej 300 |
Mesej 205 | Mesej 206 |
Mesej 202 | Mesej 203 | Mesej 204 |
Mesej 199 | Mesej 200 | Mesej 201 |
Mesej 196 | Mesej 197 | Mesej 198 |
Mesej 193 | Mesej 194 | Mesej 195 |
Mesej 190 | Mesej 191 | Mesej 192 |
Mesej 187 | Mesej 188 | Mesej 189 |
Mesej 184 | Mesej 185 | Mesej 186 |
Mesej 181 | Mesej 182 | Mesej 183 |
Mesej 178 | Mesej 179 | Mesej 180 |
Mesej 175 | Mesej 176 | Mesej 177 |
Mesej 172 | Mesej 173 | Mesej 174 |
Mesej 169 | Mesej 170 | Mesej 171 |
Mesej 166 | Mesej 167 | Mesej 168 |
Mesej 163 | Mesej 164 | Mesej 165 |
Mesej 160 | Mesej 161 | Mesej 162 |
Mesej 157 | Mesej 158 | Mesej 159 |
Mesej 154 | Mesej 155 | Mesej 156 |
Mesej 151 | Mesej 152 | Mesej 153 |
Mesej 148 | Mesej 149 | Mesej 150 |
Mesej 145 | Mesej 146 | Mesej 147 |
Mesej 142 | Mesej 143 | Mesej 144 |
Mesej 139 | Mesej 140 | Mesej 141 |
Mesej 136 | Mesej 137 | Mesej 138 |
Mesej 133 | Mesej 134 | Mesej 135 |
Mesej 130 | Mesej 131 | Mesej 132 |
Mesej 127 | Mesej 128 | Mesej 129 |
Mesej 124 | Mesej 125 | Mesej 126 |
Mesej 121 | Mesej 122 | Mesej 123 |
Mesej 118 | Mesej 119 | Mesej 120 |
Mesej 115 | Mesej 116 | Mesej 117 |
Mesej 112 | Mesej 113 | Mesej 114 |
Mesej 109 | Mesej 110 | Mesej 111 |
Mesej 106 | Mesej 107 | Mesej 108 |
Mesej 103 | Mesej 104 | Mesej 105 |
Mesej 100 | Mesej 101 | Mesej 102 |
Mesej 97 | Mesej 98 | Mesej 99 |
Mesej 94 | Mesej 95 | Mesej 96 |
Mesej 91 | Mesej 92 | Mesej 93 |
Mesej 88 | Mesej 89 | Mesej 90 |
Mesej 85 | Mesej 86 | Mesej 87 |
Mesej 82 | Mesej 83 | Mesej 84 |
Mesej 79 | Mesej 80 | Mesej 81 |
Mesej 76 | Mesej 77 | Mesej 78 |
Mesej 73 | Mesej 74 | Mesej 75 |
Mesej 70 | Mesej 71 | Mesej 72 |
Mesej 67 | Mesej 68 | Mesej 69 |
Mesej 64 | Mesej 65 | Mesej 66 |
Mesej 61 | Mesej 62 | Mesej 63 |
Mesej 58 | Mesej 59 | Mesej 60 |
Mesej 55 | Mesej 56 | Mesej 57 |
Mesej 52 | Mesej 53 | Mesej 54 |
Mesej 49 | Mesej 50 | Mesej 51 |
Mesej 46 | Mesej 47 | Mesej 48 |
Mesej 43 | Mesej 44 | Mesej 45 |
Mesej 40 | Mesej 41 | Mesej 42 |
Mesej 37 | Mesej 38 | Mesej 39 |
Mesej 34 | Mesej 35 | Mesej 36 |
Mesej 31 | Mesej 32 | Mesej 33 |
Mesej 28 | Mesej 29 | Mesej 30 |
Mesej 25 | Mesej 26 | Mesej 27 |
Mesej 22 | Mesej 23 | Mesej 24 |
Mesej 19 | Mesej 20 | Mesej 21 |
Mesej 16 | Mesej 17 | Mesej 18 |
Mesej 13 | Mesej 14 | Mesej 15 |
Mesej 10 | Mesej 11 | Mesej 12 |
Mesej 7 | Mesej 8 | Mesej 9 |
Mesej 4 | Mesej 5 | Mesej 6 |
Mesej 1 | Mesej 2 | Mesej 3 |
0 comments
Post a Comment