1. Ada tulang macam ikan, leher jinjang macam zirafah, kadang2 diatas
kadang2 dibawah. Posisinya tetap, kalau berubah kabur pandangan
kurang pendengaran. Apakah ia?
2. Mi apakah yang bising?
3. Ikan apakah yang namanya separuh Inggeris dan separuh Jawa?
4. Binatang apakah yang asalnya dua negara berlainan?
5. Katak apakah yang boleh bercakap?
6. Seorang musafir sedang bersolat di bawah pokok. Tiba2 datang anjing
jilat kaki dia. Batal x solat musafir tue?
7. Tar orang biasa buat jalan... tapi tar apa yang reti bersilat?
8. Surat apa yang tak perlu jawab, malah tak boleh baca pun?
9. Apakah maksud 'S' di depan baju Superman?
10. Senapang panjang omputih panggil 'long gun' , senapang yang
banyak peluru dia panggil 'machine gun' , senapang yang nipis2
diaorang panggil apa?
11. Siapakah saudara lelaki mak cik korang tapi bukan bapa saudara
korang?
12. Apakah tempat terkecil didunia?
13. Apakah bola yang pemainnya sentiasa tunduk hormat?
14. Kereta apa yang sentiasa membuatkan orang panik sampaikan
pemberita pon datang?
15. Ibu apa yang selalu diketuk oleh anak dia tapi anak tak derhaka
pulak?
Jawapan:
1. Antena tv
2. Meehun (hon)
3. Ikan belukang. 'Blue' Inggeris dan "Kang" Jawa.
4. Ayam Belanda... sebab dalam bahasa Inggeris orang panggil Turkey.
5. KATAKanlah.
6. Tak, pasal anjing tu jilat kaki dia sendiri.
7. Pendekar Mustar daa...
8. Suratan taksir.
9. Saiz baju dia... kalau tulis XL mesti menggelebeh sana sini.
10. Pinggan
11. Bapa korang
12. Setapak
13. Bola golf
14. Keretakan.
15. Ibu lesung
Jawab Teka-Teki
Soalan 60: Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal? | Jawapan: Kemuncup |
Soalan 59: Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil? | Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :) |
Soalan 58: Kenapa siput babi jalan lambat? | Jawapan: Sebab sambil berjalan, die asyik fkir die 2 siput ke babi.. |
Soalan 56: Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa? | Jawapan: Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan |
Soalan 55: Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung. | Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan |
Soalan 54: Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal. | Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun. |
Soalan 53: Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan.. | Jawapan: Tembikai Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah apa pun) |
Soalan 52: Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia? | Jawapan: Taugeh |
Soalan 51: Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar??? | Jawapan: Keluar surat khabar lerrr.. |
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? | Jawapan: Penguin |
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? | Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. |
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? | Jawapan: Stokin tu basah lah.... |
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? | Jawapan: Telur |
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. | Jawapan: Kuih Donut |
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? | Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) |
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? | Jawapan: Pengail yang dapat ikan. |
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? | Jawapan: Aku berjalan secara mengundur! |
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? | Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. |
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? | Jawapan: Spedometer bas lah... |
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? | Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. |
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? | Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! |
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? | Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! |
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? | Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. |
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? | Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. |
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? | Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. |
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? | Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. |
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? | Jawapan: Orang naik beca semasa hujan |
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. | Jawapan: Tapak kaki kitalah. |
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? | Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. |
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? | Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! |
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? | Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. |
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? | Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. |
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. | Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan" |
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? | Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. |
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? | Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. |
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? | Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. |
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. | Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.... |
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? | Jawapan: Buang tebiat |
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. | Jawapan: Batang hidung engkaulah! |
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? | Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! |
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? | Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan |
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? | Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan... |
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? | Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan? |
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? | Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. |
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? | Jawapan: Pisang Goreng |
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? | Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang! |
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? | Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. |
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? | Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4. |
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? | Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. |
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? | Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. |
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? | Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang. |
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? | Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh! |
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? | Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! |
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? | Jawapan: Anak mancis daaa. |
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? | Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha.. |
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? | Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM |
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? | Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. |
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? | Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) |
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? | Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa. |
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. | Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah. |
MOBILE SMS
Mesej 322 24.04.2009 | Mesej 323 24.04.2009 | Mesej 324 |
Mesej 319 10.09.2008 | Mesej 320 10.092008 | Mesej 321 |
Mesej 316 21.02.2008 | Mesej 317 21.02.2008 | Mesej 318 30.08.2008 |
Mesej 313 13.01.2008 | Mesej 314 01.02.2008 | Mesej 315 01.02.2008 |
Mesej 310 13.01.2008 | Mesej 311 13.01.2008 | Mesej 312 13.01.2008 |
Mesej 307 | Mesej 308 | Mesej 309 |
Mesej 304 | Mesej 305 | Mesej 306 |
Mesej 301 | Mesej 302 | Mesej 303 |
Mesej 208 | Mesej 209 | Mesej 300 |
Mesej 205 | Mesej 206 |
Mesej 202 | Mesej 203 | Mesej 204 |
Mesej 199 | Mesej 200 | Mesej 201 |
Mesej 196 | Mesej 197 | Mesej 198 |
Mesej 193 | Mesej 194 | Mesej 195 |
Mesej 190 | Mesej 191 | Mesej 192 |
Mesej 187 | Mesej 188 | Mesej 189 |
Mesej 184 | Mesej 185 | Mesej 186 |
Mesej 181 | Mesej 182 | Mesej 183 |
Mesej 178 | Mesej 179 | Mesej 180 |
Mesej 175 | Mesej 176 | Mesej 177 |
Mesej 172 | Mesej 173 | Mesej 174 |
Mesej 169 | Mesej 170 | Mesej 171 |
Mesej 166 | Mesej 167 | Mesej 168 |
Mesej 163 | Mesej 164 | Mesej 165 |
Mesej 160 | Mesej 161 | Mesej 162 |
Mesej 157 | Mesej 158 | Mesej 159 |
Mesej 154 | Mesej 155 | Mesej 156 |
Mesej 151 | Mesej 152 | Mesej 153 |
Mesej 148 | Mesej 149 | Mesej 150 |
Mesej 145 | Mesej 146 | Mesej 147 |
Mesej 142 | Mesej 143 | Mesej 144 |
Mesej 139 | Mesej 140 | Mesej 141 |
Mesej 136 | Mesej 137 | Mesej 138 |
Mesej 133 | Mesej 134 | Mesej 135 |
Mesej 130 | Mesej 131 | Mesej 132 |
Mesej 127 | Mesej 128 | Mesej 129 |
Mesej 124 | Mesej 125 | Mesej 126 |
Mesej 121 | Mesej 122 | Mesej 123 |
Mesej 118 | Mesej 119 | Mesej 120 |
Mesej 115 | Mesej 116 | Mesej 117 |
Mesej 112 | Mesej 113 | Mesej 114 |
Mesej 109 | Mesej 110 | Mesej 111 |
Mesej 106 | Mesej 107 | Mesej 108 |
Mesej 103 | Mesej 104 | Mesej 105 |
Mesej 100 | Mesej 101 | Mesej 102 |
Mesej 97 | Mesej 98 | Mesej 99 |
Mesej 94 | Mesej 95 | Mesej 96 |
Mesej 91 | Mesej 92 | Mesej 93 |
Mesej 88 | Mesej 89 | Mesej 90 |
Mesej 85 | Mesej 86 | Mesej 87 |
Mesej 82 | Mesej 83 | Mesej 84 |
Mesej 79 | Mesej 80 | Mesej 81 |
Mesej 76 | Mesej 77 | Mesej 78 |
Mesej 73 | Mesej 74 | Mesej 75 |
Mesej 70 | Mesej 71 | Mesej 72 |
Mesej 67 | Mesej 68 | Mesej 69 |
Mesej 64 | Mesej 65 | Mesej 66 |
Mesej 61 | Mesej 62 | Mesej 63 |
Mesej 58 | Mesej 59 | Mesej 60 |
Mesej 55 | Mesej 56 | Mesej 57 |
Mesej 52 | Mesej 53 | Mesej 54 |
Mesej 49 | Mesej 50 | Mesej 51 |
Mesej 46 | Mesej 47 | Mesej 48 |
Mesej 43 | Mesej 44 | Mesej 45 |
Mesej 40 | Mesej 41 | Mesej 42 |
Mesej 37 | Mesej 38 | Mesej 39 |
Mesej 34 | Mesej 35 | Mesej 36 |
Mesej 31 | Mesej 32 | Mesej 33 |
Mesej 28 | Mesej 29 | Mesej 30 |
Mesej 25 | Mesej 26 | Mesej 27 |
Mesej 22 | Mesej 23 | Mesej 24 |
Mesej 19 | Mesej 20 | Mesej 21 |
Mesej 16 | Mesej 17 | Mesej 18 |
Mesej 13 | Mesej 14 | Mesej 15 |
Mesej 10 | Mesej 11 | Mesej 12 |
Mesej 7 | Mesej 8 | Mesej 9 |
Mesej 4 | Mesej 5 | Mesej 6 |
Mesej 1 | Mesej 2 | Mesej 3 |
1 Comment
Buah didalam pagar tidak boleh diambil biar hancur luluh iya tetap disitu. Susah nak cari ni .
Posted on 17/9/18 12:26 AM
Post a Comment